Sera Little World
Norhahira BS.





FB TW TB +
profile Friends entry My websites credit
This blog was created in 2009.
aku menantimu ..
Rabu, 2 September 2009 | 0 comments

oh, updated again! (:
i won't to talk crap here, so, just scroll, read and smile. (:

bulan ini sudah sembilan bulan aku dikandung ibu dan dibawa kesana kemari. rasanya, sudah tidak sabar lagi aku untuk keluar melihat dunia. aku sering mendengar cerita tentang keindahan dunia. betapa cantiknya alam ciptaan TUHAN ini. dan yang paling penting, ialah menatap wajah ibuku. AH! sebulan ini bagai setahun rasanya.

masa yang aku nantikan akhirnya tiba juga, dengan payah, dengan jerit tangis dan sakitnyaa, akhirnya aku dilahirkan. sebaik keluar, aku menjerit dan menangis ketakutan. bilik kecil itu begitu asing bagiku. aku berasa begitu takut apabila melihat dunia.

tiba-tiba, aku dipeluk oleh seorang manusiaa seperti aku. aku membuka mataa dan mengerling kepadanya. OH! inilah ibu. ibu yang mengandungkan aku dengan susah payah selama sembilan bulan. cantik orangnya. apabila ibu mendakapku, terasa aman jiwa ini. aku berhenti daripada menangis. aku begitu selesa berada dipangkuan ibu.

aku memerhati disekeliling. ayah, dimana ayah? aku ingin menatap wajah ayah. tapi ayah tiada. ibu sebaiknya memberi aku kepada seorang wanita lain. aku tidak tahu siapa wanita itu, lalu aku kembali menangis. lantas wanita itu menyuapkan aku sebotol susu dan aku menghisapnya semahu-semahunya.

tidak lama kemudian, aku melihat ibu bersiap-siap. ibuu.. ibu mahu kemana? ibu tidak menjawap pertanyaanku.sebaiknya berlalu keluar dari bilik itu bersama wanita yang sedang mendukungku ini.

aku menjadi pelik, kenapa ibu tidak mahu mengendong aku? bukankan aku ini anaknya? selama sembilan bulan aku menunggu untuk menatapnya wajahmu ibu..
kenapa ibu tiba-tiba besifat dingin terhadapku??

kemudian ibu dan wanita itu menaiki sebuah kereta. ibu memelukku erat, matanya tepat mrmandang ke wajahku. mataku dan mata ibu bertentangan. terasa bahagia apabila aku dapat menatap wajahmu ibu..

aku melihat sekeliling. GELAP! ada bulan diatas sini dan di sekelilingnya bekedip-kedipan jutaan bintang. alangkah indahnya dunia ini.mungkin inilah yang ibu katakan sebagai malam.

sedang aku mengelamun. tiba-tiba kereta yang aku naiki berhenti disebuah taman permainan. wanita itu kemudiannya mengambil aku dari pangkuan ibu. aku kembali menangis. entah kenapa, aku benar-benar tidak selesa dengan wanita itu..

aku memandang wajah ibu dengan tangisan dan teriakkanku. namun, ibu hanya melihat aku dengan pandangan sayu. kemudian dia berpaling kearah lain. wanita itu membawa aku pergi , lantas meletakkan aku di atas tanah yang berumput, bersebelahan dengan tong sampah yang hapak baunya.

aku menangis dan menjerit. kenapa letakkan aku disini! aku mahu kembali kepangkuan ibuku! mana ibuku??

ibu.. aku takut! aku menjerit sepuas hati, namun tangisanku itu sia-sia. ibu meninggalkan aku bersendirian.

IBU! kenapa ibu tinggalkan aku disini? disini bukanlah tempat seorang bayi sepertiku ini. bukankah aku sepatutnya dibelai dan dimandikan? lalu diberikan pakaian untuk menutup tubuh ini?

semut-semut merah yang bisa berkeliaran itu mula merayapi tubuhku. seekor daripadanya mengigit tubuhku yang masih dipenuhi darah. ADUH! ibu... sakit ibu.. SAKIT!!

aku terus meraung apabila
semut-semut itu mengigit tali pusatku. kemudian mengigit pula bibirku. aduh, aku tidak tahan lagi. aku cuba menepis semut-semut merah yang mula menyerang telinga, kaki dan tanganku, tapi tidak terdaya. tanganku ini terlalu kecil dan lemah.

aduh.... ibu! aku menangis kesakitan, tetapi ibu tidak juga datang membawaku pergi.

waktu berlalu, akhirnya aku menjadi lesu sendiri. aku tidak punya suara lagi untuk menangis dan tidak berdaya lagi untuk menepis semut yang semakin mengganas mengigit tubuh ini. aku juga tidak berminat untuk melihat keindahan malam.

ibuu.. aku sayangkanmu, ibu. aku tidak sabar- sabar untuk lahir ke dunia semata- mata untuk menatap wajahmu ibu, tapi ini yang kau lakukan kepadaku.

langit beransur cerah. matahari muncul dan cahayanya kian terik. terasa aku tidak mampu lagi menghembuskan nafas i ni. tekakku luka kerana semalaman aku menangis memanggil namamu ibu. kini aku benar-benar lemah. sisa nafasku hanya tinggal di tenggorokku.

telingaku tiba-tiba terdengar suara manusia mengelilingku. kemudian aku diambil lalu dipeluk oleh seseorang, lalu aku dibawa lari dari situ.

namun aku tiada semangat lagi untuk hidup. aku tidak bersemangat untuk hidup lagi. aku tidak lagi menjerit mahupun menangis. aku sudah tidak mahu melihat dunia lagi. aku juga
tidak mahu menatap wajah ibu lagi.

ibu.. biarlah aku pergi jika ini yang engkau inginkan.

hanya satu saja ku ingin bertanya kepadamu.. tidakkah engkau takut kepada tuhan yang menjadikan ibu dan diriku? tidakkah engkau tidak takut akan azab akibat membuang satu kurniaan yang paling besar dari tuhan kepada hambanya??

aku berdoa semoga ALLAH mengampuni dosa-dosa mu ibu...

aku tahu, sebentar lagi aku akan kembali kepangkuan TUHAN. aku akan bertemu dengan abang-abang yang pernah dibuang sebegini oleh ibu. nanti aku akan mendengar kisah sedih
abang-abangku yang senasib denganku.

terima kasih kerana melahirkanku, terima kasih kerana membuangku, aku akan menunggumu di"sana" ibu...

hasil petikan dari:/
majalah SUAMPRIPAD &&
di edit semula by me (:








« Newer
Older »